terhegeh - hegeh hendak mendapatkan balik kekasih lama :)

. Tema tulisan kami kali ini adalah jangan terhegeh-hegeh hendak dapatkan kembali si dia yang telah meninggalkan anda. Move ON! 
kami yakin kekasih lama anda boleh kembali kepada pangkuan anda. Kami juga yakin kita boleh membuat kekasih lama tertarik semula kepada kita. Tetapi untuk menghormati insan-insan yang mudah berputus asatidak yakin untuk meneruskan kehidupan dan stress kerana baru atau sudah lama ditinggalkan kekasih, kami ingin try curahkan realiti kehidupan kepada anda.

Lagu Cinta Untuk Yang Berputus Asa

Baik, anda jangan hubungi lagi bekas kekasih anda. Biarkan sahaja dia dengan kehidupan dia sendiri. Buat apa anda hendak kacau hidupnya yang sedang bahagia sekarang. Dia tinggalkan anda kerana DUA sebab. 
1. Dia merasa tidak selesa, meluat atau tidak tahan apabila bersama dengan anda.
2. Dia menemui pasangan yang berjaya menambat hatinya. Mengisi kekosongan jiwanya dengan tarikan aura yang hebat (anda kalah di sini).
Anda sudah ditinggalkan. Lupakan dia sahaja.  Ganti perasaan kosong anda dengan mencari insan yang boleh mengubati luka parah anda sekarang. Banyak lagi di luar. Mereka berada di sekeliling anda. Anda tidak sedar kerana anda telah BERPUTUS ASA or should i say LOOSER?
Kesedihan anda ini umpama kes kehilangan handphone. Anda merasakan hidup anda sudah berkahir. Anda sebenarnya belum menikmati perasaan mempunyai handphone baru yang lebih canggih dan menepati citarasa anda. ( E71 saya ondeway!)
Anda menerima kehilangan ini sebagai batu loncatan untuk anda mendapatkan yang lebih baik.
Move on. Bergerak ke hadapan. Jangan tunggu lama-lama.
Keras. Kejam. Kasar.
Tapi inilah jalan pintas untuk anda mendapatkan kembali hak anda – cinta bahagia.
Ini pula untuk anda yang yakin cinta anda boleh diselamatkan
Mari sambung.
Ya, betul. Masalah cinta boleh diselesaikan. Anda masih berpeluang mendapatkan kembali kekasih lama yang telah meninggalkan anda untuk sekian-sekian sebab. Semuanya boleh…
…dengan STRATEGI yang betul.
Manusia adalah makhluk yang berakal dan berperasaan. Manusia ada psikologinya yang tersendiri. Manusia ada beribu-ribu jenis perasaan (state of mind) seperti gembira, sedih, ingin tahu, benci dan suka. Jika anda boleh mengaktifkan perasaanini pada waktu-waktu tertentu mengikut turutan tertentu, nescaya anda akan dapat apa yang anda mahu. Ilmu ini masih dianggap misteri di kalangan kita.

Jika anda memang berniat hendak mendapatkan kembali kekasih anda, musnahkan kata-kata negatif yang berbisik-bisik di telinga anda dahulu. Kata-kata negatif boleh melemahkan semangat anda. Kata-kata rakan anda, kata-kata keluarga anda bolehmelenyapkan impian anda untuk bersama dengan kekasih tercinta anda.
Mereka sebenarnya hendak menenangkan anda sahaja. Itu keutamaan mereka. Anda dapat atau tidak kekasih anda kembali, itu nombor 2. Inilah realiti kehidupan.
Apapun, kami ucap tahniah kerana anda masih ada keyakinan. Anda tahu, pada masa tertentu, pada situasi tertentu, anda pasti akan dapatkan kembali kekasih anda. Anda pasang niat. Anda berdoa. Anda menggunakan prinsip tarikan. Anda gunakan apa sahaja cara untuk meyakinkan diri anda ( cara beretika dan tidak membahayakan diri anda dan orang lain).
Percayalah, anda boleh mendapatkan kembali kekasih anda. Tekadkan di hati anda. Tanamkan di jiwa anda bahawa anda PASTI akan mendapatkannya kembali. Itulah yang anda perlukan sekarang, tidak kira anda baru putus atau sudah seketika lamanya. Anda harus PERCAYA dahulu. Yang lain datang kemudian.